Wednesday, April 18, 2007

Hang Tuah and The Ready Made Heroes


Hang Tuah dan lima sahabat/bersaudara adalah pahlawan Melaka yang terbilang itu selalunya disebut-sebut orang melalui cerita Hang Tuah sahaja. Tetapi jarang sekali nama-nama seperti Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi disebut-sebut. Setelah Tuah bunuh Jabat dalam episod Jebat Durhaka dan Peminangan Puteri Gunung Ledang, tamatlah sudah hikayat Hang Tuah diketahui orang.

Tetapi tahukah anda bahawa dalam lipatan sejarah yang tidak terlipat orang kerana luas pembukaan kainnya, ada cerita-cerita legenda yang menarik dijadikan cerita perihal sahabat-sahabatnya yang lain. Contohnya, keris taming sari makan tuannya kerana petapaannya tidak cukup 44 hari kerana Batara Majapahit mengarahkan supaya Taming Sari parajurit Majapahit itu supaya turun dari gunung dan berlawan dengan Hang Tuah. Nak tak nak dia terpaksa turun. Dan selain Tuah yang memiliki kris sakti Taming Sari itu, sahabat-sahabatnya yang lain juga mempunyai senjata sehebat keris Taming sari, percaya atau tidak?.

Dalam kajian memunafaatkan kepelbagaian mencorak cerita supaya tidak membosankan penuntun, selalunya perkara menokok tambah menjadi eliment pertama ramuan membina cerita. Contohnya, Kasturi, anak melayu yang tak jadi dicinakan itu, sebenarnya mempunyai kekasih yang bernama Dang Senangin ( nama ikan kot). Memang benar asalnya dari laut, dari dasar laut. Kerana kasihkan Dang Senangin itu, Kasturi berbalah dengan penghuni di laut itu. Di ambilnya perisai penerang dasar itu sehingga tidak ada lagi cahaya yang menerangi benua mereka. Selain dari itu dia juga turut merampas kapak kembar bernama Halalintar (terjamahan dari bahasa keling) kepunyaan Gelengang Adi Candra dari benua Keling yang termashur namanya di kalangan bangsa mereka. Kerana itu Adi Candra tidak lagi pernah bercukur rambutnya.

Selain dari itu Hang Lekir pula memiliki tiga bilah tombak atau lembing. Tiga Lembing setia ini dikatakan mempunyai kesaktian yang amat tinggi luar biasanya. Di lontar dengan sebutan kata saja, baik di depan atau di belakang tembok pasti akan terkena sasarannya semacam guided missile. Begitu juga keadaannya dengan senjata sahabat-sahabat yang lain, tidak ada kurang bandingannya.

Hang Tuah itu orang melayu Melaka adanya


Saya tak paham kenapa sesetengah orang mengatakan Hang Tuah itu orang cina, begitu juga dengan sahabatnya yang lagi tiga itu kecuali Hang Kasturi dia orang melayu. Sebab Hang Kasturi punya nama susah nak dibega-bega jadi nama cina. Alasan lain tak ada jadi mereka kata Hang Kasturi itu kawan baik Hang Tuah. Diorang kata Hang itu adalah nama suku kata bagi sesuatu keturunan cina, jadi depa kata Hang Tuah dan kawan-kawan mereka yang lain itu sudah pasti keturunan Hang Li Poh. Tapi masallah dengan Hang Li Poh ni pulak, sampai sekarang orang memperkatakan samada dia ni anakraja China atau anak gundik raja. Kalau anak raja China tentu pakai nama Zhu (Choo) mengikut sejarah. Mungkin nama "Hang" itu sekadar nama pangkat sahaja.
So masa Hang Li Poh datang ke Melaka dengan membawa lebih kurang 500 orang cina keturunan Hang agak semuanya. Empat dari keluarga mereka itu sudah melahirkan setiap seorang pahlawan Melaka yang terbilang, iaitu Hang To Ah, Hang Jo Bat, Hang Li Kir dan Hang Li Kiu kecuali Hang Kasturi seperti apa yang saya katakan tadi. Tetapi bila saya tanya kenapa mak bapak Hang Tuah pakai nama melayu pulak, Hang Mahmud and Dang Merdu?, Mereka jawab, sebab masuk islam mereka pakai nama itu, nama asal cina tak tau. Dan nama pendekar-pendekar melayu itu pula diconvert dari nama cina ke nama melayu kononnya.

Saya tanya lagi kenapa mak bapak Hang To Ah pindah ke Sungai Duyong kenapa tak tinggal di Bukit Cina tempat Hang Li Poh, mereka menjawab sebab dah masuk islam tak sesuai lagi duduk kat Bukit Cina. Ada saja alasan jawapan yang dibagi setiap kali saya ajukan soalan. Namun niat nak mencinakan pahlawan-pahlawan melayu itu sentiasa dalam kalbu mereka. Saya hairan sungguhlah bila ada aje orang melayu itu dah jadi terror ada aje yang nak mengaku kaum diorang. Satu lagi contoh kisah Panglima Awang, ada tiga empat negara claim Panglima Awang itu bangsa mereka, Pilipina, Indonesia, negara orang putih dan offcourse Malaysia.

Balik pada cerita Hang To Ah tadi, hikayat Hang Tuah dan "the malay annual" kata dia orang melayu melaka. Dan ada kata-kata dari Pears seorang penulis bangsa Portugis berkata bahawa "there were 5 warriors among them of malay descendant ..." Pada masa dulu tak ada sapa pun beria-ia sangat nak mencinakan atau mengkapirkan pahlawan kita tu. Tapi sekarang ni macam ada satu trend pulak. Jadi pada hemat saya sejarah tetap sejarah, jangan kerana nama depan dia Hang automatik dia jadi orang cina. Dulu ada orang suka panggil saya dangan nama Mr Musang, tapi saya tetap orang melayu. Pada kajian saya di sebuah perpustakaan muzium dahulu saya pernah terjumpa satu artikel dalam surat khabar lama, seorang penulis berbangsa cina menceritakan (terjemahan) bagaimana Encik Tuah cuba menyelamat tengkolok Sultan Melaka yang terjatuh ke dalam laut. Semasa Encik Tuah cuba menyelamatkan tengkolok Sultan, keris Taming Sari Encik Tuah disambar oleh buaya putih, ketika itu Encik Tuah berumur 80 tahun dan insiden ini berlaku di Singapura. Itu kata penulis cina itu. Mungkin perkataan Hang itu bermakna Encik atau Puan atau sekadar nama pangkat bagi masyarakat cina lama. Sebab nama penulis itu pun ada Hang di depan namanya. Jadi jangan le dipertikaikan sangat pada nama "Hang" itu. Hang Tuah dan sahabat-sahabat 5 bersaudara itu dah tentu orang melayu, cuma diberi gelaran Hang oleh orang cina di depan nama mereka tu , jangan le risau.



Selain dari itu janganlah katakan pulak Hang Tuah itu asal dari Pulau Pinang, keadaan akan menjadi lebih keliru dan saya tak sanggup nak jawab.

Wednesday, March 28, 2007

Tarung

Tarung adalah sebuah lagi kapal pejuang dan pengangkutan untuk penjelajahan udara dan angkasa. Kekuatan injennya adalah booster selari yang terdapat pada bahagian belakang kapal ini. Berberapa buah senjata penangkis dilengkapkan untuk pertahanan dari pejuang musuh yang sentiasa berlegar mencari lawan. Kapal ini berbentuk haksegan yang berupa seekor penyu jantan. Bahagian turetnya pula terletak dibahagian depan dan terdapat dua bahagian lengan yang tidak sama panjang. Dalam episod DUWI kegunaan kapal ini adalah untuk membawa Tengku Duwi dari benua Batayam (Indonesia) ke benua Melayu (Malaysia). Sepanjang perjalanan kapal ini diiringi oleh beberapa pesawat pejuang sebagai langkah keselamatan walaupun kapal ini mempunyai kelengkapan pertahanannya sendiri.





Tumasik 1 satu daripada kapal angkasa dalam episod DUWI





"Tumasik 1" ini adalah kapal angkasa 3 dimansi yang akan digabungkan dengan animasi 2 dimansi dalam episode "DUWI". Mengikut kata penerbitnya beberapa adigan dalam episod itu akan digabungkan dengan animasi 3 dimansi ini adalah cubaan menaik taraf mutu persembahan episodik cerita itu sendiri.

Kapal angkasa Tumasik 1 ini adalah nama panggilannya saja dan tidak ada kena mengena dengan negara Singapura atau rajanya Sang Nila Utama. Pada awalnya kapal angkasa ini telah diberi nama Majapahit, tetapi memikirkan nanti ada orang dari seberang buat tuntutan susah pulak nak ulang alik. Kapal angkasa ini walaupun canggih menjangkau zamannya, tetapi mengikut ceritanya, kapal ini selalu rosak dan kuat makan minyak. Digunakan pada perang angkasa semasa dengan zaman STar Wars, tapi disebelah asia. Semasa buat tempahan spasifikasinya tak le serupa dengan design millinium falcon kepunyian George Lucas.

Tuesday, March 27, 2007

DUWI Perjalanan ke Alam Semesta




Quest Animations (M) Sdn Bhd akan mempersembahkan sebuah lagi siri animasi,


bertajuk "DUWI".




Perjalanan ke Alam Semesta



Mengisahkan sebuah keluarga yang meneroka tanah hutan untuk menampung hidup. Kehidupan mereka bahagia walaupun tidak dikurniakan cahayamata. Pada satu hari mereka telah menemui seorang bayi di hutan itu yang tidak di ketahui anak siapa. Bermula hari itu bayi itu dijadikan anak angkat dan diberi nama Duwi. Setelah kehadiran Duwi rezeki mereka bertambah dan hidup bahagia.

Namun kebahagian Duwi bersama keluarganya tidak berpanjangan. Ayah dan ibunya telah meninggal dan dia menumpang kasih neneknya . Berbagai rintangan dan dugaan dihadapi Duwi dalam meneruskan kehidupan namun Duwi tetap tabah mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Pada satu hari Duwi telah terserempak dengan seorang pemuda yang berpakaian pelik dan telah menyelamatkan dirinya dari gangguan seorang tua yang miang. Namun pemuda itu telah tercedera. Duwi dan neneknya kemudian memberi bantuan merawat pemuda yang tidak diketahui asal usulnya itu. Namun kehadiran pemuda itu di rumah Duwi hanya sebentar sahaja dan pemuda itu hilang tanpa ada khabar berita.

Tanpa diduga , pada satu hari pintu alam terbuka dan Duwi disedut masuk ke benua yang amat asing pada penglihatannya. Kelihatan ada manusia aneh yang ditemuinya di situ. Di situ Duwi diberitahu akan asal usul dirinya yang kononnya dia sebenarnya berasal dari benua itu. Duwi menjadi keliru dengan apa yang didengarinya. Jiwanya meronta dan ingin segera pulang ke tempat asal yang diketahuinya.

Semasa berada di benua itu , Duwi melihat segala pergolakan yang berlaku. Negara itu diancam peperangan. Duwi juga menjadi mangsa perebutan kuasa kerana dirinya menjadi kunci rahsia kepada sejenis senjata pusaka. Setelah mengaharungi berbagai rintangan akhirnya Duwi dapat menerima siapa dirinya yang sebenar. Duwi akhirnya hidup bahagia bersama insan-insan yang disayanginya.








Dol Said pahlawan Naning bertemu dengan Major Taylor


Selain dari keris dan lembing, orang-orang melayu sudah
pandai mengunakan senjata api untuk menentang pihak
Inggeris yang berkubu di Alor Gajah, Melaka.


Tentera-tentera British dalam siri PEJUANG
episode Dol Said pahlawan Naning

Siri Animasi PEJUANG

Siri animasi PEJUANG diterbitkan oleh Quest Animations (M) Sdn Bhd untuk siaran TV sebanyak 26 episode. Mengikut penerbitnya pada peringkat awal penyelidikan, contoh pakaian tentera orang putih (British) yang paling susah dicari. Gambar diatas menunjukkan Dol Said berhadapan dengan mat salleh yang nak ambil alih kampungnya. Patutlah mereka berbincang dihalaman rumah aje, sebab selepas ini mereka akan bersilat.





Monday, March 26, 2007

Musang Mereh


Musang Merah


Musang Merah adalah the Red Fox, nama yang pernah digunakan untuk menjawab setiap kesilapan atau menyampai berita terkini untuk majalah Keluang Man pada satu masa dahulu.

Walaupun majalah atau komik supahiro itu sudah tidak ada lagi tetapi usaha mengujudkannya pada ketika itu adalah satu perkara yang boleh dibangakan.