Wednesday, March 28, 2007

Tarung

Tarung adalah sebuah lagi kapal pejuang dan pengangkutan untuk penjelajahan udara dan angkasa. Kekuatan injennya adalah booster selari yang terdapat pada bahagian belakang kapal ini. Berberapa buah senjata penangkis dilengkapkan untuk pertahanan dari pejuang musuh yang sentiasa berlegar mencari lawan. Kapal ini berbentuk haksegan yang berupa seekor penyu jantan. Bahagian turetnya pula terletak dibahagian depan dan terdapat dua bahagian lengan yang tidak sama panjang. Dalam episod DUWI kegunaan kapal ini adalah untuk membawa Tengku Duwi dari benua Batayam (Indonesia) ke benua Melayu (Malaysia). Sepanjang perjalanan kapal ini diiringi oleh beberapa pesawat pejuang sebagai langkah keselamatan walaupun kapal ini mempunyai kelengkapan pertahanannya sendiri.





Tumasik 1 satu daripada kapal angkasa dalam episod DUWI





"Tumasik 1" ini adalah kapal angkasa 3 dimansi yang akan digabungkan dengan animasi 2 dimansi dalam episode "DUWI". Mengikut kata penerbitnya beberapa adigan dalam episod itu akan digabungkan dengan animasi 3 dimansi ini adalah cubaan menaik taraf mutu persembahan episodik cerita itu sendiri.

Kapal angkasa Tumasik 1 ini adalah nama panggilannya saja dan tidak ada kena mengena dengan negara Singapura atau rajanya Sang Nila Utama. Pada awalnya kapal angkasa ini telah diberi nama Majapahit, tetapi memikirkan nanti ada orang dari seberang buat tuntutan susah pulak nak ulang alik. Kapal angkasa ini walaupun canggih menjangkau zamannya, tetapi mengikut ceritanya, kapal ini selalu rosak dan kuat makan minyak. Digunakan pada perang angkasa semasa dengan zaman STar Wars, tapi disebelah asia. Semasa buat tempahan spasifikasinya tak le serupa dengan design millinium falcon kepunyian George Lucas.

Tuesday, March 27, 2007

DUWI Perjalanan ke Alam Semesta




Quest Animations (M) Sdn Bhd akan mempersembahkan sebuah lagi siri animasi,


bertajuk "DUWI".




Perjalanan ke Alam Semesta



Mengisahkan sebuah keluarga yang meneroka tanah hutan untuk menampung hidup. Kehidupan mereka bahagia walaupun tidak dikurniakan cahayamata. Pada satu hari mereka telah menemui seorang bayi di hutan itu yang tidak di ketahui anak siapa. Bermula hari itu bayi itu dijadikan anak angkat dan diberi nama Duwi. Setelah kehadiran Duwi rezeki mereka bertambah dan hidup bahagia.

Namun kebahagian Duwi bersama keluarganya tidak berpanjangan. Ayah dan ibunya telah meninggal dan dia menumpang kasih neneknya . Berbagai rintangan dan dugaan dihadapi Duwi dalam meneruskan kehidupan namun Duwi tetap tabah mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Pada satu hari Duwi telah terserempak dengan seorang pemuda yang berpakaian pelik dan telah menyelamatkan dirinya dari gangguan seorang tua yang miang. Namun pemuda itu telah tercedera. Duwi dan neneknya kemudian memberi bantuan merawat pemuda yang tidak diketahui asal usulnya itu. Namun kehadiran pemuda itu di rumah Duwi hanya sebentar sahaja dan pemuda itu hilang tanpa ada khabar berita.

Tanpa diduga , pada satu hari pintu alam terbuka dan Duwi disedut masuk ke benua yang amat asing pada penglihatannya. Kelihatan ada manusia aneh yang ditemuinya di situ. Di situ Duwi diberitahu akan asal usul dirinya yang kononnya dia sebenarnya berasal dari benua itu. Duwi menjadi keliru dengan apa yang didengarinya. Jiwanya meronta dan ingin segera pulang ke tempat asal yang diketahuinya.

Semasa berada di benua itu , Duwi melihat segala pergolakan yang berlaku. Negara itu diancam peperangan. Duwi juga menjadi mangsa perebutan kuasa kerana dirinya menjadi kunci rahsia kepada sejenis senjata pusaka. Setelah mengaharungi berbagai rintangan akhirnya Duwi dapat menerima siapa dirinya yang sebenar. Duwi akhirnya hidup bahagia bersama insan-insan yang disayanginya.








Dol Said pahlawan Naning bertemu dengan Major Taylor


Selain dari keris dan lembing, orang-orang melayu sudah
pandai mengunakan senjata api untuk menentang pihak
Inggeris yang berkubu di Alor Gajah, Melaka.


Tentera-tentera British dalam siri PEJUANG
episode Dol Said pahlawan Naning

Siri Animasi PEJUANG

Siri animasi PEJUANG diterbitkan oleh Quest Animations (M) Sdn Bhd untuk siaran TV sebanyak 26 episode. Mengikut penerbitnya pada peringkat awal penyelidikan, contoh pakaian tentera orang putih (British) yang paling susah dicari. Gambar diatas menunjukkan Dol Said berhadapan dengan mat salleh yang nak ambil alih kampungnya. Patutlah mereka berbincang dihalaman rumah aje, sebab selepas ini mereka akan bersilat.





Monday, March 26, 2007

Musang Mereh


Musang Merah


Musang Merah adalah the Red Fox, nama yang pernah digunakan untuk menjawab setiap kesilapan atau menyampai berita terkini untuk majalah Keluang Man pada satu masa dahulu.

Walaupun majalah atau komik supahiro itu sudah tidak ada lagi tetapi usaha mengujudkannya pada ketika itu adalah satu perkara yang boleh dibangakan.